Wednesday, December 5, 2007

BLOG RAMLI ABDUL HALIM MENYENGAT!

(1) Emel Yus said...
Saya amat tertarik dgn blok Ramli dari Kelantan. Banyak news sulit-sulit dalam gebar PAS Kelantan terbongkar. Ramli rasanya penerbit Mingguan Wasilah dan pernah bekerja sebagai Editor di Urusetia Kerajaan Kelantan. Beliau seorang yang berprinsip.

Respon: Berani kerana benar. Jangan takut pendedahan sesiapa sahaja jika politik kita tidak salah dan tidak bercanggah dengan hukum Tuhan. kalau kita tak buat, cepat-cepat nafi supaya pemfitnah sempat bertaubat. Jangan kita berdiam diri dan membatu. Ia akan diiyakan orang lain.
(2) Emel Pak Su said...
Ana dah kelih blog Meli tu... banyak fitnah nampaknya. Buat apa keruhkan lagi keadaan. Lebih baik tulis dan komen perkara yang memberi faedah kepada rakyat dan parti. Dalam keadaan PAS Kelantan kian nazak berdepan dgn Umno, ada orang ambil kesempatan dedah sama bongkar sini. Yang untung Umno Kelantan dan Khairy Jamaludin. Apa kata Al-Jazeraa?
Respon: Pandangan pengomen (2) juga betul. Tetapi dalam pada itu juga kita kena lihat usaha membetulkan yang sesat mesti dilakukan. Menegakkan yang bengkok mesti dibuat. Menghindar lebih baik dari mengubati.